|
MATLAMAT PERINTIS
(1)
Untuk menanam semangat dayausaha, pemikiran sihat, hasrat dan cita-cita
yang jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat rohaniah dan jasmaniah, dunia
dan akhirat untuk setiap ahli.
(2)
Memberikan peluang dan memdedahkan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi kepada ahli serta menganjurkan kursus, seminar yang berkaitan dengan
teknologi maklumat.
(3)
Untuk merancang, melaksanakan dan menilai program dan aktiviti ahli
termasuk bekerjasama atau bergabung dengan persatuan lain yang mempunyai tujuan
yang sama bagi berhubung dengan kerajaan dan agensi lain untuk rancangan yang
berfaedah bagi memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta
lain-lain aktiviti seperti pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial dan
kerohanian.
(4)
Mengemaskinikan segala usaha dan gerak langkah dalam bentuk jangka
pendek dan jangka panjang sehingga ke peringkat memiliki hartanah, bangunan, dan
sebagainya.
(5)
Mengusahakan dan membangunkan aktiviti yang berprestij, global dan
menekankan kaedah-kaedah terkini serta kehendak semasa.
(6)
Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan
undang-undang. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil
dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk
melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak
sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar
faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu,
peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan
baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang
ahli atau pekerja Persatuan ini.
|